Sejarah Sekolah Menengah Sultan Yussuf
Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah telah diasaskan penubuhannya oleh seorang dermawan dari India iaitu En.K.Malaiperumal pada tahun 1907. Sejarah sekolah ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap.Tahap pertama bermula dari tahun 1907 – 1910. Tahap kedua selama 41 tahun dari 1910 hingga 1951.ketika itu sekolah ini dikenali sebagai Goverment English School. Pada 15 hb.Oktober, 1951 sekolah ini telah di tukarkan nama kepada Sultan Yussuf School (SYS) sempena nama D.Y.M.M Sultan Perak yang ke-32 dan kekal nama itu sehingga sekarang.
KEUNIKAN SEJARAH SYS
· Sekolah Inggeris pertama di Batu Gajah
· Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu pernah menjadi pelajar.
· Hari Penghargaan Sekolah setiap tahun dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak.
· Tuan rumah Majlis Jamuan Rakyat Sempena Sambutan 100 tahun Batu Gajah.
· Menerbitkan Buku Sejarah Batu Gajah pada tahun 1992.
· Tuan Rumah Majlis Pelancaran Buku Tokoh-tokoh Batu Gajah dengan kerjasama Arkib Negara.
· Sekolah Perintis IT (antara 15 sekolah terawal di Malaysia) 1999
· Antara tiga sekolah perintis di Perak dalam Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah tahun 2005
· Sekolah Harapan Daerah Kinta tahun 1999.
· MS ISO 9001 : 2000 mulai 28 Disember 2007
· Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Perak Jan 2009)
Lain-lain
1. Sekolah Inggeris Pertama di Batu Gajah 1907.
2. MS ISO 9001:2001- tarikh mula 28 Disember 2007 – 27 Disember 2010.
3. Diluluskan sebagai sekolah kawalan JPN mulai 1 Januari 2008.
4. Memiliki 2 dewan. Dewan baharu berhawa dingin, 100” x 70” dengan kapasiti 800 orang pelajar.
5. Sekolah Inggeris Pertama di Batu Gajah 1907.
6. Memiliki asrama lelaki dan perempuan.
7.. Kelas Khas Agama dan Rancangan Khas.
8.. DYMM Sultan Perak bekas pelajar sekolah ini (Ketua Pelajar 1948).
9. Setiap tahun Majlis Hari Penghargaan Sekolah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak atau Raja Muda selain merasmikan acara-acara lain
22.9.1984 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Sultan Azlan Shah |
15.3.1986 | Tamasya Kejohanan Olahraga | Sultan Azlan Shah |
13.11.1988 | Hoki Enam Sebelah | Sultan Azlan Shah |
27.10.1988 | Hari Ucapan, Penyampaian Hadiah dan Perasmian Bangunan Asrama Puteri | Raja Nazrin |
24.10.1989 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Raja Nazrin |
8.12.1990 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Raja Nazrin |
14.12.1991 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Raja Nazrin |
12.12.1992 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Raja Nazrin |
18.12.1993 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Raja Nazrin |
10.9.1994 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Sultan Azlan Shah |
5.8.1995 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Sultan Azlan Shah |
1.8.1998 | Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah | Raja Nazrin |
3.10.2000 | Hari Penghargaan | Sultan Azlan Shah |
5.10.2001 | Hari Penghargaan | Raja Nazrin |
16.6.2003 | Pelancaran Buku tokoh Sejarah Batu Gajah | Sultan Azlan Shah |
9.8.2003 | Hari Penghargaan | Sultan Azlan Shah |
10.7.2004 | Hari Penghargaan | Sultan Azlan Shah |
30.7.2005 | Hari Penghargaan | Raja Nazrin |
12.8.2006 | Hari Penghargaan | Raja Nazrin |
4.8.2007 | Sambutan 100 tahun SYS | Sultan Azlan Shah |
12.7.2008 | Hari Penghargaan | Raja Nazrin |
