Tuesday, 24 April 2012

Kenali bangunan di SyS




Sekolah menengah Sultan Yussuf  mempunyai banyak bangunan seperti :


Ini adalah bangunan kelas rancangan khas ( RK ) dan kelas aliran agama ( KAA )
di blok itu juga terdapat makmal biologi,makmal fivik dan makmal kimia
jumlah kesemua kelas di blok itu sebanyak 11 buah kelas.


Kemudian , gambar di atas menunjukkan bangunan asrama 
PUTERI dan PUTERA.
Asrama ini menempat pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Seterusnya , harta paling berharga buat SyS iaitu bangunan bersejarah
atau lebih dikenali sebagai bangunan warisan



Bangunan ini berusia lebih daripada 100 tahun,
bangunan ini juga dipanggil bangunan 100 tahun,
nama kelas di bangunan ini mengikut abjad S.U.L.T.A.N.
Bangunan ini menempatkan pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 4,
manakala sesi petang bangunan ini juga menempatkan 
pelajar tingkatan 1 hingga 2.





Gambar di atas ialah pintu pagar hadapan SyS.
Pintu pagar ini adalah salah satu tempat pelajar hadir ke sekolah ,
pengawal keselamatan yang ditugaskan di pintu pagar ini , 
akan menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah.


Semua sekolah di malaysia mempunyai pusat sumber.
gambar di atas ialah bangunan pusat sumber sekolah menengah sultan yussuf.
Bangunan ini dahulunya ialah bangunan asrama putera.
Di dalam pusat sumber ini tedapat bermacam-macam bilik seperti bilik

*Bilik Media
*Bilik Seri Gemilang
*Bilik Kuliah A

Penyelaras pusat sumber ini ialah cikgu Shahori bin Mohamad Esa ,
pusat sumber ini meyediakan lebih 1000 buah buku yang bermacam-macam jenis


Ini pula ialah laluan untuk pergi ke blok tingkatan 6.
Di laluan ini juga terdapat taman herba SyS ,
selain bangunan tingkatan 6 , terdapat juga sebuah lagi bangunan 
yang menempatkan bilik seni , bilik kaunseling , makmal sains C
dan bengkel kemahiran hidup .

Semoga dengan maklumat yang diberi , anda akan lebih mudah untuk mengenali setiap bangunan
di SyS













No comments:

Post a Comment